[2020] Gegar Vaganza Musim 7

0 6

GV 7 Gegar Vaganza 7 atau Gegar Vaganza 2020 (Norma Baharu) kini bersiaran mulai pada 11 Oktober 2020. Gegar Vaganza 7 akan disiarkan pada setiap hari Ahad jam 9:00 malam yang menampilkan empat belas {14} peserta daripada Malaysia sahaja. Pada musim Gegar Vaganza 7 ini, penaja utama ialah Farm Fresh dan penaja bersama adalah DiGi, Adabi (PowerCat) dan Cuckoo. Penyanyi lagenda Malaysia, Dato’ Ramli MS kembali lagi sebagai juri tetap bersama Khatijah Ibrahim.

GEGAR VAGANZA 7 bagi musim ini masih lagi mengekalkan PENGACARA PROGRAM terkemuka MALAYSIA iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Pada tahun ini, terdapat kelainan untuk edisi GV 7 ini kerana HANYA melibatkan peserta dari Malaysia sahaja dan tidak membabitkan peserta dari luar negara.

gegar vaganza 7

GV 7 mengangkat tema Dimensi Berbeza Gegar Vaganza 2020 pada situasi Norma Baharu, ini akan berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Dengan pelbagai perubahan dilaksanakan, demi mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan antaranya dengan menganjurkan konsert mingguan dalam jumlah penonton yang kecil.

gegar-vaganza-2018-1-678x381

DUA {2) anugerah khas akan diumumkan setiap minggu iaitu anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak dan Artis Cili Padi Paling Power. Pemenang Cili Padi Paling Power akan dipilih oleh para juri berdasarkan persembahan peserta di setiap konsert Gegar Vaganza 7. Pemenang Anugerah akan diumumkan oleh PENGACARA sebelum segmen Ada Lagu Ada Lagi pada akhir rancangan. Manakala, kategori Bintang Cuckoo Paling Gempak akan diundi oleh penonton melalui undian atas talian di Astro Gempak. Peserta yang mendapat undian tertinggi akan diumumkan pada setiap minggu konsert di JOMBACA.MY

14 Peserta Gegar Vaganza 2020 Musim 7

1.0 Aju

2.0 Ashira

3.0 Ayu Damit

4.0 Cliff Umar

5.0 Eva

6.0 Haslinda

7.0 Indigo

8.0 Linda Nanuwil

9.0 Mus

10. Nomad

11. Noraniza Idris

12. Oja

13. Rozita Izlyn

14. Yantzen Juniwan

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More