AL-FATIHAH | Ayahanda Permaisuri Selangor Meninggal Dunia

225

Ayahanda Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, Abdul Rahman Baba meninggal dunia akibat sakit tua, jam 3.40 pagi tadi.

Istana Selangor dalam satu hantaran di laman Instagram dan Facebook Selangor Royal Office hari ini memaklumkan bahawa Allahyarham Abdul Rahman kembali ke rahmatullah hari ini (20 April 2021), bersamaan 8 Ramadan 1421 Hijrah.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari melalui ciapan di laman Twitter miliknya, mengucapkan takziah kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin.

Leave A Reply

Your email address will not be published.