“Cantiknya Lisa, Bertambah Seri..” – Penampilan Baharu Lisa Surihani Juri Gema Lawak Superstar

656

Lisa yang mengenakan busana dan hijab yang berwarna oren tampak begitu memegunkan walaupun dia hanya mengenakan solekan yang nipas di wajahnya. Meninjau komen daripada posting yang dikongsikan, ramai rakan-rakan artis serta peminat-peminat Lisa memuji kecantikannya.

 

 

Aktres jelita, Datin Lisa Surihani, terbaru dilihat memuat naik foto dirinya yang duduk di kerusi juri dalam sebuah program baru Gema Lawak Superstar yang bakal bermula pada 16 April ini. Terdahulu, Lisa ada berkongsikan sedikit tentang program baharu yang bakal menggandingkan pelawak, pendakwah dan motivator dalam satu pentas yang sama. Lisa Surihani merupakan antara salah seorang juri yang bakal sama-sama menjayakan program tersebut sepanjang Ramadan.

Boleh KLIK Mana-Mana IKLAN, untuk membantu operasi admin. TQ

 

Lisa Surihani Juri Gema Lawak Superstar

Lisa yang mengenakan busana dan hijab yang berwarna oren tampak begitu memegunkan walaupun dia hanya mengenakan solekan yang nipas di wajahnya. Meninjau komen daripada posting yang dikongsikan, ramai rakan-rakan artis serta peminat-peminat Lisa memuji kecantikannya.

LIVE Gema Lawak Superstar : Klik Disini

Bersama hos Kamal Adli dan PU Azman serta 6 kumpulan yang bertanding sambil berdakwah dalam ‘Gema Lawak Superstar’ bermula 16 April, setiap Jumaat sepanjang Ramadhan ini jam 9.00 malam.

 

 

rakan lisa surihani gema lawak superstar

“Cantiknya penampilan…”, itulah yang dikatakan kebanyakan mereka. Penampilan Lisa secara keseluruhan menarik perhatian ramai. Bukan kerana pakaiannya menjolok mata atau digayakan secara berlebihan tetapi kerana Lisa nampak lebih muslimah dan menutup dalam berpakaian.

 

 

“Makin berseri-seri…”, selain itu ada juga yang mengatakan bahawa Lisa Surihani dilihat semakin berseri-seri. Ada beberapa pendapat yang dilontarkan, antaranya adalah warna oren yang digayakan menonjolkan seri wajahnya. Ada pula yang berkata seri itu adalah seri ibu mengandung.

lisa surihani mengandung

Pada Februari, suaminya yang juga merupakan seorang pelakon dan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim, mengumumkan bahawa Lisa kini sedang hamil cahaya mata yang ketiga.

 

 

Lisa Surihani yang memang dikenali dengan keperibadiannya yang sopan dan lembut telah menambat hati ramai lagi-lagi apabila dia mula mengenakan hijab dan berubah ke arah lebih positif. Apa pun kita doakan semoga Lisa sentiasa dilindungi dan semoga dipermudahkan perjalanan kehamilannya.

80%
Awesome
  • Design
Leave A Reply

Your email address will not be published.