CIMS 3.0 MITI dan Cara Permohonan Pembukaan Sektor Ekonomi PKP TOTAL LOCKDOWN

3,921

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri – MITI dalam pengumuman terkini memaklumkan pendaftaran di CIMS 3.0 untuk TOTAL LOCKDOWN atau PKP bertarikh 1-14 Jun 2021 adalah TERHAD untuk sektor pembuatan dan perkhidmatannya yang berkaitan.

Bagi sektor selain pembuatan dan perkhidmatannya yang berkaitan adalah di bawah kementerian masing-masing, tidak lagi di bawah MITI.

 

 

Perkara ini dijelaskan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui pengumuman SOP Terkini Total Lockdown bagi Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) pada 30 Mei 2021.

Oleh yang demikian, segala surat kebenaran MITI hanya berkuat kuasa sehingga 31 Mei ini sahaja. Bermula 1 Jun 2021, para pekerja perlu menggunakan surat kebenaran bekerja yang dikeluarkan kementerian masing-masing. Tindakan ini berdasarkan senarai segmen ekonomi yang dibenarkan beroperasi.

 

CIMS 3.0 MITI

Bagi mana-mana syarikat yang termasuk dalam sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi, sila baca berkenaan MITI login; dan juga cara daftar dan buat permohonan untuk syarikat meneruskan operasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) ini.

 

MAKLUMAN

  • Semua surat MITI terbatal kecuali yang baru dikeluarkan pada 1 Jun 2021 sahaja
  • Permohonan baru CIMS MITI di https://notification.miti.gov.my/register  adalah ditutup buat sementara waktu.
  • Anda akan lihat paparan Ralat 404
  • Jadi, anda TIDAK AKAN jumpa butang Daftar.
  • Hanya yang pernah daftar sebelum ini sahaja dibenarkan untuk print surat kebenaran MITI.
  • Sila ambil maklum, permohonan untuk beroperasi di CIMS 3.0 bagi PKP bertarikh 1 – 14 Jun 2021 TERHAD bagi Sektor Perkilangan sahaja.

cims-miti

1. Sebelum login MITI, adakah anda di bawah essential services?

Sebelum buat apa-apa, pastikan bahawa anda memang betul-betul berada di dalam aktiviti ekonomi yang dibenarkan:

  1. Makanan dan minuman termasuk haiwan / binatang peliharaan
  2. Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar
  3. Air
  4. Tenaga
  5. Keselamatan (security and safety), pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan
  6. Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awa, termasuk pembentungan
  7. Pengangkutan melalui darat, air atau udara
  8. Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargao dan pemaliman, dan penyimpanan atau pemukalan komoditi
  9. Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan Internet, pos dan kurier serta penyiaran (bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya sahaja)
  10. Perbankan, insurans, takaful dan pasaran modal
  11. Kredit komuniti (pajak gadai sahaja)
  12. E-datang dan teknologi maklumat
  13. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir
  14. Hotel dan penginapan (hanya bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dan bujan untuk tujuan pelancongan)
  15. Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
  16. Perkhidmatan perhutanan (terhad kepada penguatkuasaan) dan hidupan liar
  17. Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu sahaja

Sila rujuk SOP Total Lockdown untuk maklumat lanjut.

Seterusnya, barulah boleh buat permohonan syarikat untuk meneruskan operasi dan yang paling penting, print surat kebenaran MITI atau approval letter untuk rentas negeri dan daerah jika perlu.

 

 

CIMS 3.0 MITI lockdown

2. MITI login untuk CIMS 3.0

Adakah anda sudah daftar CIMS 2.0 sebelum ini semasa PKP 1.0? Jika sudah, ini satu berita baik.

Mana-mana syarikat yang telah berdaftar dengan pangkalan data MITI iaitu COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) melalui pautan rasmi MITI sebelum ini, tidak perlu membuat pendaftaran semula untuk beroperasi dalam tempoh PKP 2.0 dan PKP 3.0.

Berikut ialah cara untuk login dan download surat notifikasi pengesahan pendaftaran:

  1. Layari laman web rasmi MITI di sini: https://notification.miti.gov.my
  2. Kini anda berada di bahagian Log Masuk Pemohon CIMS 3.0
  3. Pastikan ini adalah CIMS 3.0 dan bukan CIMS 2.0
  4. Kami andaikan anda sudah mendaftar untuk Log Masuk. Jika belum, ikuti cara daftar seperti di atas.
  5. Masukkan Emel
  6. Masukkan Kata Laluan
  7. Klik Log Masuk
  8. Jika semuanya berjalan lancar, anda akan masuk ke dalam Dashboard CIMS 3.0

 

 

3. Daftar CIMS 3.0 2021 (sebelum login MITI)

Berikut ialah cara buat permohonan syarikat untuk meneruskan operasi bagi mana-mana syarikat layak sahaja. Kami sarankan anda buat pendaftaran terlebih dahulu.

Untuk memudahkan lagi proses daftar CIMS MITI dan permohonan suat kebenaran beroperasi, boleh rujuk video rasmi dari MITI seperti di bawah:

 

4. Mohon CIMS 3.0 untuk PKP yang terkini

Ini adalah ringkasan dari video di atas.

Seperti dimaklumkan sebelum ini, jika anda pernah mendaftar semasa PKP 1.0 tempohari menggunakan CIMS 2.0, anda boleh terus masukkan Email dan Kata Laluan untuk login.

Walau bagaimanapun, jika ingin mendaftar baru, sila ikuti panduan di bawah:

  1. Layari laman web rasmi MITI di sini https://notification.miti.gov.my
  2. Jika anda masuk dari laman web utama MITI tadi, klik CIMS 3.0
  3. Akan ada paparan berikut:
    • PERMOHONAN UNTUK SYARIKAT MENERUSKAN OPERASI SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
    • APPLICATION FOR COMPANIES TO CONTINUE OPERATION DURING THE MOVEMENT CONTROL ORDER (MCO)
  4. Jika belum mendaftar permohonan syarikat untuk meneruskan operasi, klik Daftar  terlebih dahulu
  5. Sila download, baca dan fahamkan SOP dan Protokol bagi kelulusan beroperasi semasa PKP yang berkaitan dengan syarikat anda iaitu:
    • SOP dan Protokol yang Am
    • SOP dan Protokol bagi Perkhidmatan Sains
    • SOP dan Protokol bagi Perkhidmatan Sosial Kesihatan
    • SOP dan Protokol bagi Sektor Pembuatan
  6. Tick “Saya telah membaca dan bersetuju dengan SOP yang disebutkan di sebelah. Saya mengesahkan bahawa saya akan memenuhi kesemua SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri”
  7. Isikan Nama Penuh
  8. Isikan Email
  9. Isikan Nombor Kad Pengenalan Baru atau Nombor Passport
  10. Masukkan Kata Laluan
  11. Masukkan Kata Laluan sekali lagi
  12. Pilih dan isikan maklumat salah satu sahaja:
    • No Lesen Pengilang
    • No Pendaftaran SSM
    • No Ahli Badan Profesional / Pesuruhjaya Sukan / ROY / ROS
  13. Tekan Daftar
  14. Andai semuanya berjalan lancar, anda akan di bawa ke Dashboard CIMS 3.0 ini
  15. Untuk maklumat yang dalam bentuk video, sila rujuk pautan YouTube di atas tadi

 

 

CIMS 3.0 MITI kapasiti

5. Senarai perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi

Berikut ialah senarai industri yang perlu buat permohonan syarikat untuk meneruskan operasi.

Sebelum anda buat permohonan syarikat untuk meneruskan operasi, sila buat semakan samada anda berada dalam industri yang dibenarkan untuk beroperasi.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengumumkan beberapa industri atau sektor tambahan yang dibenarkan untuk beroperasi secara berperingkat semasa tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0).

 

 

Senarai sektor yang diluluskan adalah seperti di bawah:

A. Pengilangan dan Pembuatan

Aeroangkasa termasuk MRO;
Pengilangan dan Perkhidmatan Lepas Jualan Automotif;
Makanan, minuman dan rantaiannya;
Pembungkusan dan percetakan;
Produk barangan rumah, barang penjagaan diri (FMCG – sabun, pembersih diri dan lain-lain) dan bahan pencuci termasuk rantaiannya;
Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet;
Peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan peralatan keselamatan kebakaran;
Komponen untuk alat perubatan;
Elektrikal dan elektronik;
Minyak dan gas (Oil and Gas);
Petrokimia dan produk petrokimia;
Produk kimia;
Mesin dan peralatan;
Seramik (seramik sebagai acuan bagi pembuatan sarung tangan);
Besi dan keluli;
Tekstil (yang melibatkan pengeluaran PPE);
Sektor perabot; dan
Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir.

B. Pembinaan

i. Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal;
ii. Kerja-kerja pembinaan infrastruktur awam yang utama; dan
iii. Kerja-kerja pembinaan bangunan yang menyediakan penginapan pekerja yang
lengkap di tapak bina atau pekerja yang ditempatkan di Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ).

C. Perkhidmatan

Perkhidmatan Kewangan dan rantaiannya:

i. Institusi Kewangan (Perbankan, Insurans, Takaful dan entiti-entiti lain yang dilesen, diilulus atau didaftar oleh Bank Negara Malaysia); dan
ii. Entiti-entiti pasaran modal yang dilesen, didaftar atau dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
21. Perkhidmatan perbandaran dan kerajaan tempatan:
i. Pajak gadai/kredit komuniti (syarikat peminjam wang berlesen);
ii. Pengurusan sisa pepejal/ pembetungan;
iii. Pembersihan awam; dan
iv. Pembersihan premis dan sanitasi.

Infrastuktur telekomunikasi dan digital termasuk perkhidmatan ICT dan perkhidmatan perniagaan global (GBS);

E-Dagang dan rantaiannya termasuk perkhidmatan e-marketplace, pembayaran digital dan pusat internet e-dagang setempat;

Hotel dan penginapan;

Sektor pertanian, perikanan dan penternakan termasuk perkhidmatan veterinar:
i. Pengurusan ladang/ sarang burung walit/ kuda/ loji pemprosesan haiwan/ rumah sembelihan/ ternakan/ kilang makanan haiwan ternakan/pembekal spt vaksin/pengurusan ternakan/kedai haiwan kesayangan (operasi pemindahan ternakan adalah pada waktu malam);
ii. Kawalan penyakit dan dikawalselia pengeluaran ternakan hidup, input ternakan dan produk berkaitan industri ternakan (termasuk eksport dan import); dan
iii. Pengurusan kesihatan, diagnosa penyakit dan rawatan haiwan.

Utiliti (air dan tenaga);

Perkhidmatan professional (termasuk akauntan/ peguam/ auditor/ jurutera/ arkitek), saintifik (termasuk R&D) dan teknikal (termasuk penyenggaraan);

Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (Security Services);

Keselamatan dan Pertahanan;

Pengangkutan melalui darat, air dan udara;

Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan dan pemindahan kargo, pemaliman, penyimpanan atau pemukalan komoditi.

D. Perdagangan Pengedaran

Penggudangan dan Logistik;

Perkhidmatan/ Penjualan/ Penghantaran Makanan dan Minuman; dan 34. Peruncitan/ Pengedaran/ Pemborongan.

E. Perladangan dan Komoditi

Pertanian, perikanan dan penternakan serta rantaiannya; dan

Perladangan dan komoditi serta rantaiannya.

F. Lain – Lain

Apa-apa perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kesihatan selepas berunding dengan pihak berkuasa yang mengawal selia perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan itu.

 

 

cara daftar CIMS 3.0 MITI

Akhir kalam

Oleh kerana terlalu banyak syarikat yang memohon untuk beroperasi, sistem MITI menjadi sangat perlahan. Ada kalanya, tidak dapat diakses.

Jika anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan di atas, sila berehat seketika dan cuba lagi pada waktu bukan puncak seperti tengah malam.

Diharapkan agar perkongsian berkenaan MITI login ini akan memudahkan lagi urusan perniagaan anda.

Semoga bermanfaat.

 

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.