Hari ini dalam sejarah.

43

Esok 24 Feb 2021, adalah hari yang amat penting untuk negara kita, hari Pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

YAB Perdana Menteri akan menjadi penerima pertama program imunisasi ini di Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya pada petang esok.

Selepas setahun lebih semua petugas barisan hadapan berperang melawan COVID-19, esok adalah hari yang akan membawa sinar baru buat semua.

Petugas barisan hadapan KKM akan memulakan tugas vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin, PPV seluruh negara.

AlisahKhairun bt Rahmat, dari Kampung Sungai Udang Melaka, dan Dr Wan Mohd Shariffuddin bin Zainudin, dari Tasik Raban, Perak adalah antara dua orang petugas barisan hadapan KKM yang bertugas sebagai vaksinator di seluruh negara.

AlisahKhairun yang sudah 26 tahun bertugas di KKM berasa terharu kerana dapat bertugas dan terlibat sama dalam perlaksanaan pemberian imunisasi COVID-19 kebangsaan yang akan bermula esok.

Manakala Dr Wan Mohd pula yang sudah 10 tahun bertugas sebagai pegawai perubatan di KKM berasa bangga menjadi salah seorang petugas barisan hadapan bagi program imunisasi ini.

Saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua petugas KKM yang akan mula bertugas esok. Insyallah, #KitaMestiMenang dalam melawan musuh yang tidak nampak ini.

Berkhidmatlah dengan penuh kasih sayang kepada seluruh rakyat Malaysia. #WeServeWithLove

Leave A Reply

Your email address will not be published.