Pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kini boleh dimohon melalui i-Sinar KWSP mulai awal Disember 2020.
Permohonan terbuka kepada semua ahli KWSP yang diberi cuti tanpa gaji, kehilangan pekerjaan, atau tiada sumber pendapatan.
Terkini, seramai 8 juta ahli KWSP yang terkesan boleh mengeluaran RM10,000 dari akaun 1.
Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata had pengeluaran i-Sinar juga dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM10,000, membabitkan peruntukan RM70 bilion.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, pada semalam.
Permohonan kini boleh dibuat mulai Disember 2020 ini.

Ahli yang terjejas boleh memohon melalui sistem rasmi i-Sinar (link akses akan dikemaskini nanti).
LINK : Klik Sini
Bayaran akan dibuat pada hujung bulan selepas permohonan berjaya dibuat dab diluluskan oleh pihak KWSP.
Bayaran pertama EPF I-Sinar akan dibuat bulan Januari 2021 selama tempoh 6 bulan dari tarikh pertama pengkreditan berjaya.