Jenazah Konstabel Maut Tertembak Selamat Dikebumi, Isteri Janji Jaga Anak Dengan Baik

181

Jenazah anggota polis yang maut tertembak di Sibu, Sarawak pada Khamis lalu selamat dikebumikan Tanah Perkuburan Felda Bukit Damar, Lanchang, Temerloh, malam tadi.

 

Konstabel Maut Tertembak Selamat Dikebumikan

Menurut laporan BH Online, jenazah Konstabel Norhalim Tumiran diterbangkan dengan penerbangan khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada jam 4.40 petang semalam.

 

 

Jenazah kemudian disembahyangkan di masjid Felda Bukit Damar, Lanchang sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan jam 10 malam.

Menerusi sebuah posting di laman Facebook, isteri mangsa Nor Fitrah Ramli meluahkan rasa syukur apabila urusan pengebumian Allahyarham dipermudahkan selain berjanji akan menjaga dan membesarkan anak mereka Nur Asyfa Alisha dengan sebaiknya.

Konstabel Maut Tertembak

Perginya arwah dengan tenang serta diiringi doa orang ramai…

Nor Fitrah berkata, dia bersyukur arwah suami sempat membuat persiapan hari raya buat semua ahli keluarga dan menyifatkan perhubungan jarak jauh mereka selama ini seolah-olah mengajar dirinya menjalani kehidupan berdikari tanpa Allahyarham di sisi.

 

 

“Sakit tu memang sakit sekelip mata biy tinggalkan sayang, tapi takpe … Allah sayang biy, sebab tu dia amik biy dulu. 8 bulan kita jauh biy, rupanya biy memang nak ajar sayang berdikari tanpa biy,” luahnya.

Konstabel Norhalim Tumiran bersama isteri selepas tamat latihan polis

Terdahulu, Norhalim ditemukan maut dengan kesan tembakan di kepalanya di sebuah rumah sewa rakan setugas dimana Allahyarham datang ke situ untuk berbuka puasa.

Difahamkan, seorang rakan dikatakan bergurau sambil mengacukan pistol sebelum tertarik picu dan tertembak kepala mangsa.

 

 

Berikutan kejadian tersebut, tiga anggota polis ditahan reman hingga 14 Mei ini bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.