Kecewa Bakal Suami Tak Pandai Sifir 2, Wanita Nekad Batalkan Perkahwinan Di Hari Bahagia

78

Apabila memilih pasangan hidup, setiap orang mempunyai kriteria yang tersendiri. Ada yang sangat mementingkan mengenai tahap pendidikan kerana ia merupakan salah satu daripada asas untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik, selain ‘menurunkan’ tahap kepandaian kepada anak-anak kelak.

Anda mungkin tidak percaya bahawa ada yang sanggup tidak berkahwin jika tidak mendapat ciri-ciri yang diimpikan seperti di atas.

 

 

Situasi tersebut benar-benar berlaku di India baru-baru ini yang menyaksikan pengantin perempuan membatalkan perkahwinan selepas bakal suaminya gagal menjawab soalan matematik yang sangat mudah.

Menurut Tribune India, ‘ujian matematik’ itu dilakukan kerana pengantin perempuan dipercayai curiga dengan kelayakan pendidikan pengantin lelaki.

Bakal Suami Tak Tahu Sifir 2 Jombaca

Dia telah meminta pengantin lelaki membacakan sifir 2 tetapi ia gagal dilakukan. Berang dengan keadaan itu, pengantin perempuan terus membatalkan perkahwinan.

Panwari Station House Officer, Vinod Kumar berkata bahawa ia sebenarnya perkahwinan yang diatur dan pengantin lelaki berasal dari kampung Dhawar, daerah Mahoba.

 

 

Dalam keadaan majlis yang dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak, pengantin perempuan mengatakan bahawa dia tidak boleh menikah dengan orang yang tidak mengetahui asas-asas matematik.

Usaha rakan dan saudara pengantin perempuan untuk meyakinkannya dan memujuknya menarik balik keputusan juga gagal.

“Keluarga pengantin lelaki tidak memberitahu kami mengenai tahap pendidikannya. Dia bahkan mungkin tidak pergi sekolah. Mereka telah menipu kami,” kata sepupu pengantin perempuan.

 

 

Kejadian tersebut tidak menjadi kes polis kerana kedua-dua belah pihak bersetuju untuk membuat perjanjian iaitu untuk mengembalikan hadiah hantaran dan barang kemas.

Leave A Reply

Your email address will not be published.