Notis kesalahan dan Penggunaan logo JPJ

0 56

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengambil berat isu tular mengenai notis berkenaan kesalahan serta penggunaan logo JPJ yang disebarkan melalui platform media sosial sejak semalam.

Untuk makluman Jabatan ini tidak mengeluarkan apa-apa risalah berhubung dengan apa-apa jenis kesalahan berkaitan pengubahsuaian kenderaan motor.

Walaubagaimanapun JPJ ingin menasihati serta mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam pengubahsuaian kenderaan motor.

Dalam hal ini, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dan menghubungi JPJ berdekatan untuk maklumat yang lebih tepat. JPJ sentiasa komited dalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan jalan raya demi kesejahteraan orang awam khususnya pengguna jalan raya.

Saluran aduan http://jpj.spab.gov.my/eApps/system/index.dohttp://jpj.spab.gov.my/eApps/system/index.do

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More