PKPB, sekolah di Malaysia akan ditutup mulai 09 November 2020

0 16

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan semua sekolah di Malaysia akan ditutup mulai esok 09 November 2020 sehingga tarikh akhir persekolahan tahun 2020 iaitu 17 & 18 Disember ini.

Ia selaras dengan arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, PKPB yang dilaksanakan kerajaan di seluruh Semenanjung Malaysia kecuali tiga negeri iaitu Kelantan, Pahang, dan Perlis.

Namun, proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) akan dilakukan secara atas talian dari rumah mengikut kesesuaian guru dan murid sekolah terbabit.

Pelajar yang menetap di asrama juga dibenarkan pulang dan tetapi pelajar perlu menunggu ibu bapa atau penjaga mengambil mereka.

Pelajar juga dibenarkan tinggal di asrama buat sementara menunggu ketibaan ibu bapa atau penjaga dan pihak sekolah akan menyediakan keperluan makanan serta minuman kepada pelajar terbabit.

KPM juga telah mengumumkan tarikh permulaan sekolah adalah pada 20 Januari 2021 depan dan murid sekolah rendah akan memulakan pembelajaran secara bersemuka pada hari tersebut.

Tarikh peperiksaan utama seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), SVM, dan STAM telah dipinda dan akan bermula 22 Februari tahun depan manakala peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) akan bermula pada 8 Mac 2020.

KPM akan memaklumkan perincian untuk semua peperiksaan utama tersebut dalam masa terdekat.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More