Rumah Tunku, rumah paling mahal di Malaysia

0 56

Rumah merupakan bekas tempat tinggal peribadi Bapa Kemerdekaan Malaysia untuk lebih 40 tahun.

Rumah banglo sebesar 9,867kps itu mempunyai 6 bilik tidur, 2 ruang tamu dan 2 ruang makan, dan turut dilengkapi dengan kuarters pekerja yang mempunyai laluan tertutup ke rumah utama.

Rumah itu terletak di atas tanah seluas 64,472kps di Pulau Tikus, dan baru-baru ini disenaraikan untuk dijual pada harga RM62juta.

Pada harga itu, rumah berkenaan merupakan rumah ataupun harta perumahan peribadi yang termahal di Malaysia.

Sebelum ini, rumah itu turut terbuka untuk disewa pasa harga RM25,000 sebulan.

Selain ruang tanah yang luas di kawasan berprestij, harga tinggi itu juga disebabkan sejarah tempat itu sebagai tempat tinggal Tunku Abdul Rahman sehingga ke akhir usia.

Dengan penyelenggaraan berkala, rumah itu masih berada dalam keadaan asal, termasuk lantai dan bingkai tingkap kayu.

Alamat rumah berkenaan juga dinamakan selepas tokoh negarawan itu, iaitu di Jalan Tunku Abdul Rahman, berdekatan simpang Jalan Park.

Tunku telah tinggal di rumah berkenaan sehingga menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1990.

Rumah itu kemudiannya telah dijual kepada pembeli peribadi yang kini berminat untuk menjualnya.

Tinjauan mendapati beberapa agen hartanah telah mengiklankan penjualan rumah berkenaan dan pembeli yang berminat boleh melawat rumah berkenaan untuk tinjauan dan maklumat lanjut.

Beberapa pihak telah meminta untuk kerajaan Pulau Pinang mengambil alih hartanah itu, kerana ia merupakan aset kebudayaan dan sejarah negara yang perlu dipelihara.

Walau bagaimanapun, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow telah meminta untuk kerajaan persekutuan mempertimbangkan cadangan ini.

“Tunku merupakan lagenda negara dan hartanah itu merupakan aset penting. Kami harap kerajaan persekutuan akan memberi perhatian.

“Sementara itu, kerajaan negeri akan membuat tinjauan awal berkenaan perkara ini.” katanya.

Ada juga yang mencadangkan agar rumah itu dijadikan museum untuk memperingati jasa Tunku dalam mencapai kemerdekaan dan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Rumah sebesar 9,700kps lengkap dengan kuarters pekerja 2 tingkat dan masih dikekalkan dalam rekabentuk asal.
Pandangan sebaik masuk ke dalam Banglo Tunku.
Pandangan Ruang Tamu 1.
Pandangan Ruang Makan 1.
Ruang Makan 1 di tingkat bawah.
Permandangan Ruang Makan 1 dan Ruang Tamu 2
Ruang Tamu 2.
Bilik membaca di tingkat bawah.
Pagar dari kuarters kerajaan ke rumah utama.
Laluan dalam ke rumah utama
Ruang Tamu 1
Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More