Saya tanya kenapa nak sekolah.

0 40

Sayu sedih tengok adik Farisya 11 tahun masak guna dapur kayu jaga 3 adik kecil. Buat susu adik guna susu pekat manis menggantikan susu tepung. Adik paling kecil umur 1 tahun. Dah tak sekolah jaga adik. Tinggal dengan atuk nenek dah uzur. Mak ayah dalam tahanan.

Terbaca dekat fb Raja Anita Raja Mukhtar. Saya bersama makciknya tadi daftarkan Faris dan Farisya ke Maahad Tahfiz Manzil Furqan Kota Bharu. Disini ada pelajaran sains, subjek agama dan Tahfiz. Cantik dan eksklusif. Sebulan Rm600. Terus hantar ke sini tadi. Seronok adik-adik ni.

Saya tanya kenapa nak sekolah. Jawabnya nak berjaya macam ustaz nak tolong mak ayah dan adik-adik. Rindu nak belajar dan bahagiakan keluarga. Masa nak pergi semua atuk nenek, jiran, pakcik makcik semua tadi menangis. Sampai kami pun menangis. Teringat anak dekat rumah. Beratnya ujianMu wahai anak. Maafkanlah kami lambat membantu.

Terima kasih mak saudara yang akan menjaga adik-adiknya. Terima kasih Ustaz Fadhli Shaari dan Pegawai JKM yang lebih awal menziarahi dan membantu serta bersama memberi perhatian. Terima kasih Penghulu dan masyarakat sekitar. Terima kasih zakat. Terima kasih penderma PKUM. Terima kasih kepada NGO di Kelantan. Terima kasih Raja Anita.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More