Sepahtu Reunion 2020 kini kembali mulai 15 Oktober 2020

0 15

Sepahtu Reunion Live 2020 bersiaran bersama Jep, Shuib, Rahim dan Pak Ya dan artis pilihan mereka setiap minggu. Saksikan sketsa spontan yang pasti akan membuatkan anda seisi sekeluarga tidak kering gusi dengan lawak dan pickupline mereka. Siapakah ‘artis undangan’ yang bakal bersama Sepahtu & penonton setiap minggu? Jom kita sama-sama nantikan!

Kumpulan Sepahtu merupakan pelawak lama yang telah dianggotai oleh Jep Sepahtu dan Shuib Sepahtu pada tahun 2011 setelah mengundurkan diri daripada Kumpulan Sepah (Jep , Shuib , Mamat).

Jep dan Shuib menyertai Maharaja Lawak Mega 2013 setelah Pelawak Rahim Raja Lawak 2 dibawa masuk ke dalam kumpulan Sepahtu. Rahim dibawa masuk untuk projek istimewa Maharaja Lawak Mega 2013 dan mereka telah dinobatkan sebagai juara pada musim tersebut.

Pada tahun pula 2014, Sepahtu membawa masuk Illya Buang aka Pak Ya iaitu bekas anggota Kumpulan Senario TV 3 untuk diserap ke dalam kumpulan ini. Tapi, Pak Ya telah menarik diri pada minggu 5 atas masalah kesihatan yang dialami Illya Buang. Kumpulan Sepahtu menjadi naib juara pada musim Maharaja Lawak Mega 2014 ini.

Mulai Tahun 2015, Sepahtu telah mengorek langkah dengan mengadakan jelajah Sepahtu pada tahun 2015. Kumpulan Sepahtu telah menghasilkan sebuah skeksa atau sitkom bertajuk Sepahtu Reunion yang dibintangi oleh Jep, Shuib, Ilya, Rahim dan Mamat Sepah.

Kini, Kumpulan Sepahtu begitu sinonim dengan industri seni negara terutamanya di arena lawak, sitkom dan komedi tanah air.

Sepahtu Reunion Live kini yang menampilkan empat orang anggotanya tetapnya, Jep, Shuib, Rahim dan Pak Ya sambil dibantu artis undangan @ cameo setiap minggu. Kumpulan Sepahtu yang seakan mempunyai AURA tersendiri apabila berjaya membuatkan penonton setia di kaca TV pada setiap Jumaat Malam dalam program Sepahtu Reunion LIVE.

Saksikan program Astro Warna yang diminati oleh Rakyat Malaysia iaitu Sepahtu Reunion Live 2020 yang akan bermula pada 15 Oktober 2020 ini. Sepahtu Reunion Live 2020 kali ini bersiaran setiap hari Khamis malam mulai jam 9 Malam di JOMBACA.MY

  • Link Minggu 4 Sepahtu Reunion Live 2020 : akan datang
  • Link Minggu 5 Sepahtu Reunion Live 2020 : akan datang
  • Link Minggu 6 Sepahtu Reunion Live 2020 : akan datang

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More