Solat Terawih Masjid Surau, Bazar Ramadan, Bazar AidilFitri dibenarkan pada tahun ini

236

Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPP) 16 Mac 2021.

🔴 Negeri dan Wilayah yang BERTUKAR STATUS daripada PKPB kepada PKPP adalah Kedah (Kecuali Kuala Muda dan Kulim PKPB), Seluruh Negeri Perak dan Negeri Sembilan (Kecuali Seremban PKPB) berkuatkuasa 19 Mac sehingga 31 Mac 2021

🔴 Negeri dan Wilayah yang DIKEKALKAN status PKPB iaitu Selangor, WP Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Kelantan bermula 19 Mac sehingga 31 Mac 2021 manakala Sarawak bermula 16 Mac sehingga 29 Mac 2021

 

🔴 Negeri/Wilayah yang berstatus KEKAL PKPP adalah Perlis, Melaka, Pahang, Terengganu, WP Putrajaya, WP Labuan, Sabah (Kecuali Nabawan, PKP) bermula 19 Mac 2021 sehingga 31 Mac 2021.

🔴 Rentas daerah DIBENARKAN di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak

🔴 Rentas negeri MASIH TIDAK DIBENARKAN kecuali bagi aktiviti pelancongan sahaja melalui konsep green travel bubble menggunakan syarikat dan agen pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC.

 

🔴 Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri DIBENARKAN BEROPERASI di seluruh negara dengan yang SOP ketat. Layari laman sesawang MKN untuk maklumat lanjut.

🔴 Solat terawih dibenarkan secara berjemaah di masjid/surau dan jumlah kehadiran jemaah tertakluk kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri

Dato Sri Ismail Sabri Yaakob
Menteri Pertahanan
16 Mac 2021.

Leave A Reply

Your email address will not be published.