Tegah Anak Terjulur Keluar Dari Kenderaan

0 88

Malang tidak berbau, jangan tangisi kesilapan ini!

Seorang kanak kanak dikejarkan ke bahagian kecemasan setelah terlibat dengan kemalangan. Hairan sungguh bagaimana kanak kanak boleh alami mengalami crush injury dibahagian tangan kanannya. Memang ngeri, hancur teruk tangan halus kanak kanak itu.

Pertanyaan lanjut mengenai mekanisma kemalangan mendapati perlanggaran berlaku antara sebuah van yang diletakkan dibahu jalan dan tangan kanak kanak yang terjuntai keluar dari tingkap!

Subahanallah! Bayangkan jika kepala kanak kanak tadi yang terjuntai keluar. Doktor pakar tulang dirujuk dengan segera dan pembedahan kecemasan dilakukan pada hari yang sama. Berjam jam pakar berada didalam bilik pembedahan untuk menyambungkan tulang tulang halus yang telah berkecai.

Walaupun nyawa dan tangan kanak kanak tersebut dapat diselamatkan, fungsi dan struktur penting tubuh tidak sama seperti sebelum ini.
.

Tuan puan,

Kanak kanak, bahagian prefrontal cortex (bahagian otak hadapan) memang masih dalam fasa berkembang. Oleh itu tidak hairan mengapa mereka membuat tindakan yang bahaya dan tidak sedar akan risiko yang bakal dihadapi.

Sebab itu perlu ada ibu bapa atau orang dewasa yang sentiasa ada disisi kanak kanak untuk membimbing dan mendidik mereka. Mana mana tidakan yang bahaya perlu dilarang dan dijelaskan mengapa tindakan tersebut perlu dihentikan.

Senario ini , (kepala anak terjulur keluar dari kenderaan) sering kita perhatikan dijalanraya. Kanak kanak memanglah seronok, tanggungjawab ibu bapalah atau orang dewasa untuk mengawasi anak dan menegur perbuatan anak.

Jangan harapkan orang lain (pengguna jalan raya lain) untuk menjaga keselamatan anak anda. Ingat nyawa anak hanya satu, jangan salahkan takdir ya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More