Wujud pelbagai group FB, antaranya group RIAK APA HARI INI

0 137

MINUM ARAK APA HARI INI
ZINA APA HARI INI
.
.
Jika ada group-group FB sebegini, pasti kita semua terasa akan jijik dan kejinya. Betapa ia satu group FB yang sangat kotor tak kiralah apa isinya.
.
.
Tetapi hari ini wujud pelbagai group FB, antaranya group RIAK APA HARI INI.
.
.
Melihatkan komen-komen orang yang menyertainya, penyokongnya, mereka melihat ia sekadar satu senda gurau, dan bukan sesuatu yang serius.
.
.
Adakah mereka akan menganggap ia sesuatu yang main-main jika tajuk group itu adalah MINUM ARAK APA HARI INI, ZINA APA HARI INI?.
.
.
Mungkin kita tak rasa riak sesuatu yang jijik kerana kita tak nampak ia secara fizikal, kerana ia melibatkan hati sehingga kita boleh bergurau senda dengannya. Sedangkan ia satu dosa yang sangat serius dalam Islam. Satu dosa yang menyebabkan pelakunya terhina di dunia dan akhirat, dan amalnya menjadi debu, bahkan merupakan antara sifat golongan munafik.
.
.
Wajarlah kita membaca kalam-kalam Allah dan sabda-sabda Rasulullah s.a.w di bawah untuk membetulkan kembali pemikiran kita yang melihat riak tidak jijik seperti zina dan arak.
.
.
Ia merupakan antara sifat munafiq.
.
وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلاةِ قَامُوا كُسَالَى يُرَاؤُونَ النَّاسَ وَلا يَذْكُرُونَ اللهَ إلاَّ قَلِيلاً
Apabila mereka bangun mendirikan solat, mereka bangun dalam keadaan malas dan menunjuk-nunjuk kepada manusia. Mereka tidaklah mengingati Allah kecuali sedikit sahaja. [An-Nisa’ : 142]
.
.
فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ الَّذِينَ هُمْ يُرَاؤُونَ
Celakah bagi orang yang solat. Iaitu orang-orang yang lalai di dalam solatnya, dan mereka menunjuk-nunjuk.
[Al-Ma’un : 4-6]
.
.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ : قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: أَنَا أَغْنَى الشُّرَكَاءِ عَنِ الشِّرْكِ مَنْ عَمِلَ عَمَلاً أَشْرَكَ فِيهِ مَعِي غَيْرِي تَرَكْتُهُ وَشِرْكَهُ
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Allah berkata: Aku tidak memerlukan kepada sekutu. Sesiapa yang melakukan amalan dan menyekutukan Aku pada amalan tersebut dengan selain Aku. Aku tinggalkan dia dan apa yang dia syirikkan itu [Sahih Muslim, Kitab ar-Riqaq, hadis no: 2985]
.
.
عنْ أَبِي سَعِيدٍ , قَالَ : خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَحْنُ نَتَذَاكَرُ الْمَسِيحَ الدَّجَّالَ , فَقَالَ : ” أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِمَا هُوَ أَخْوَفُ عَلَيْكُمْ عِنْدِي مِنْ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ ” , قَالَ : قُلْنَا : بَلَى , فَقَالَ : ” الشِّرْكُ الْخَفِيُّ , أَنْ يَقُومَ الرَّجُلُ يُصَلِّي فَيُزَيِّنُ صَلَاتَهُ لِمَا يَرَى مِنْ نَظَرِ رَجُلٍ ” .
Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah s.a.w keluar menemui kami, dan ketika itu kami sedang bercerita tentang dajjal. Baginda s.a.w bersabda: Mahukah kalian jika aku beritahu tentang apa yang lebih aku takuti daripada dajjal jika ia menimpa kalian? Kami menjawab: Sudah pasti wahai Rasulullah s.a.w! Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasalla bersabda: Syirik yang tersembunyi, iaitu seseorang bangun mendirikan solat dan memperelokkan solatnya kerana ada orang melihatnya. [Sunan Ibnu Majah, Kitab az-Zuhd, hadis no: 4344, Al-Arna’ut berkata isnadnya dhaif ِ]
.
.
Daripada Ibn ‘Umar r.a, Nabi s.a.w bersabda:
مَنْ سَمَّعَ النَّاسَ بِعَمَلِهِ، سَمَّعَ اللهُ بِهِ سَامِعَ خَلْقِهِ، وَصَغَّرَهُ وَحَقَّرَهُ
Sesiapa yang memperdengarkan amalannya kepada manusia, Allah akan memperdengarkan (keaibannya) kepada makhluk-makhlukNya, Allah akan merendahkannya dan menjadikannya hina.
[Musnad Ahmad, no: 6509, Al-Arna’ut berkata: Isnadnya Sahih atas syarat al-Bukhari dan Muslim].
.
.
عَنْ مَحْمُودِ بْنِ لَبِيدٍ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمُ الشِّرْكُ الأَصْغَرُ ،
Mahmud bin Labid radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti menimpa kalian ialah syirik kecil.
.
قَالَ : وَمَا الشِّرْكُ الأَصْغَرُ ؟
Sahabat bertanya: Apakah itu syirik kecil?
.
قَالَ : الرِّيَاءُ ، إِنَّ اللَّهَ يَقُولُ يَوْمَ يُجَازِي الْعِبَادَ بِأَعْمَالِهِمُ :
Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Riak. Sesungguhnya Allah akan berkata pada hari Dia membalas hamba-hambaNya di atas amalan mereka:
.
اذْهَبُوا إِلَى الَّذِينَ كُنْتُمْ تُرَاءُونَ فِي الدُّنْيَا ، فَانْظُرُوا هَلْ تَجِدُونَ عِنْدَهُمْ جَزَاءً أَوْ خَيْرًا “
Pergilah kalian kepada sesiapa yang kalian menunjuk-nunjuk (amalan kalian di dunia). Lihatlah! Adakah kalian akan menemui sebarang balasan atau kebaikan daripada mereka [Syu’ab al-Iman, Al-Khamis wa Al-Arba’un Min Syu’ab al-Iman, hadis no: 6412, Shaikh al-Albani berkata dalam al-Silsilah al-Sahihah: Isnadnya baik]
.
.
Kesemua di atas adalah berkaitan dengan riya’ dalam ibadah. Adapun riya’ dalam urusan dunia, ia melihat kepada perinciannya sebagaimana yang Imam al-Ghazali terangkan dalam Ihya’ Ulumuddin.
.
.
Sebahagian daripada kita mungkin tidaklah riak dalam amal ibadah. Akan tetapi mempunyai sikap suka menunjuk-nunjuk kelebihan hartanya tanpa sebab dan merendahkan orang lain sama ada secara sengaja atau tidak.
.
.
أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ
Bermegah-megahan(pada apa yang lebih banyak/hebat) telah melalaikan kamu
.
حَتَّىٰ زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ
sampai kamu masuk ke dalam kubur
.
.كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ
Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu).
.
ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ
dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui
.
.كَلَّا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ الْيَقِينِ
Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin,
.
لَتَرَوُنَّ الْجَحِيمَ
niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim,
.
ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ الْيَقِينِ
dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan ‘ainul yaqin.
.
ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ
kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu). [At-Takatsur: 1-8].
.
.
Tamat bicara kita tentang riya’. Selain daripada riya’, antara perkara yang merisaukan, bukan sahaja dengan group Riak Apa Hari Ini, bahkan dengan fenomena dalam media sosial, di mana manusia berlumba-lumba menzahirkan kejahatan dan maksiat yang dilakukan. Ada yang memberi alasan tidak mahu hipokrit atau ‘riak’ tunjuk baik.
.
.
Hakikatnya menyebarkan dosa secara terbuka itu lebih teruk daripada melakukannya diam-diam.
.
.
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu menyatakan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلاَّ الْمُجَاهِرِينَ، وَإِنَّ مِنَ الْمَجَانَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلاً، ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ، فَيَقُولَ يَا فُلاَنُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا، وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ
Setiap orang daripada umat ku dimaafkan kecuali golongan yang melakukan maksiat secara terbuka. Sesungguhnya antara sifat tidak malu ialah apabila seseorang melakukan amal (maksiat) di waktu malam, kemudian dia bangun pada waktu pagi dalam keadaan Allah telah menutupi (aib)nya, lalu dia berkata: Ya fulan, malam tadi aku telah melakukan itu dan ini. Dia telah tidur dalam keadaan Allah menutupi aibnya, dan pada waktu pagi dia membuka aib yang Allah telah tutup itu. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no: 6069].
.
.
Menghebahkan maksiat yang dilakukan adalah berpunca daripada hilangnya rasa malu.
.
.
حَدَّثَنَا أَبُو مَسْعُودٍ، قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ” إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلاَمِ النُّبُوَّةِ الأُولَى إِذَا لَمْ تَسْتَحِي فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ
Abu Mas’ud radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya salah satu perkara yang telah diketahui oleh manusia daripada perkataan kenabian terdahulu adalah : “Jika engkau tidak malu, berbuatlah sesuka hati mu”. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no: 6120]
.
.
عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ ، قَالَ : قَالَ ابْنُ عُمَرَ : ” إِنَّ الْحَيَاءَ وَالإِيمَانَ قُرِنَا جَمِيعًا ، فَإِذَا رُفِعَ أَحَدُهُمَا رُفِعَ الآخَرُ ” .
Sa’id bin Jubair berkata: ‘Abdullah bin ‘Umar radiallahu ‘anhu berkata: Sesungguhnya sifat malu dan iman sentiasa bersama. Apabila salah satu hilang, maka hilanglah yang lain. [Al-Iman oleh Ibn Abi Syaibah : 20]
.
.
Perbuatan menamakan group ini dengan nama sebuah dosa besar iaitu RIAK, merupakan satu normalisasi dosa sehingga akan menyebabkan manusia tidak lagi sensitif dengan dosa.
.
.
Kepada admin atau orang-orang yang mencipta group-group sebegini, cukuplah dengan merenung hadis ini:
.
.
Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَنْ سَنَّ في الإسلامِ سنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أجْرُهَا، وَأجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ،مِنْ غَيرِ أنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورهمْ شَيءٌ،وَمَنْ سَنَّ في الإسْلامِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيهِ وِزْرُهَا ، وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ ، مِنْ غَيرِ أنْ يَنْقُصَ مِنْ أوْزَارِهمْ شَيءٌ
Sesiapa yang melakukan di dalam Islam satu perkara yang baik, maka baginya pahala untuk amalan itu dan pahala orang yang beramal dengannya selepas itu tanpa mengurangkan pahala mereka sedikit pun. Sesiapa yang melakukan di dalam Islam satu perkara yang buruk, maka dia menanggung dosa perbuatan itu dan dosa mereka yang beramal dengannya selepas itu tanpa mengurangkan dosa mereka sedikit pun. [Sahih Muslim, Kitab al-Ilm, no: 1017].
.
.
Dengan ahli sampai ratusan ribu orang, sanggupkah nak pikul dosa ratusan orang yang melakukan dosa dalam group itu atas sebab idea anda?
.
.
Pintu taubat masih terbuka untuk kita semua. Adakah kita memilih untuk memasukinya?
.
.

MMMR

.
*Group FB Zina Apa Hari Ini, Minum Arak Apa Hari Ini tidak wujud, dan semoga tidak wujud. Saya letakkan contoh ini untuk kita buat perbandingan, adakah kita mahu biarkan ini terus berlaku sehingga nanti wujud group-group dengan nama sebegini. Keduanya, jika kita jijik dengan zina dan arak, maka kita jua kena jijik dengan riak yang merupakan syirik kecil.

Kredit : Mohd Masri

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More